Saturday 30 April 2011

YURAN APRIL 2011

Perhatian kepada Pelajar/Ibubapa/Penjaga,

Kepada mereka yang belum lagi menjelaskan yuran April 2011 diminta menjelaskan pada hari ini. Kegagalan berbuat demikan, denda akan dikenakan seperti termaktub dalam peraturan terkini. Harap semua mengambil perhatian tegas mengenai perkara ini. 

Sekian, terima kasih.

-CIKGU ISHAK JOHARI-

Monday 25 April 2011

CUTI HARI PEKERJA

MAKLUMAN:


Sila ambil perhatian kepada semua pelajar dan para Ibu Bapa, bahawa pada 01 Mei 2011, semua kelas ditangguhkan sempena Cuti Hari Pekerja. Kelas bermula seperti biasa pada 02 Mei 2011. Harap Maklum. Terima kasih atas sokongan anda.

ISHAK BIN JOHARI

Friday 22 April 2011

CUTI SEMPENA GOOD FRIDAY

Salam Sejahtera,

Dimaklumkan kepada semua pelajar dan Ibu bapa bahawa pada 22 April 2011 (Jumaat), Semua kelas pada hari tersebut ditangguhkan. Kelas akan berjalan seperti biasa pada 23 April 2011 (Sabtu). Harap Maklum. Terima kasih atas sokongan semua.

(ISHAK JOHARI)

Monday 11 April 2011

KELAS MATEMATIK TINGKATAN 3

Adalah dimaklumkan kelas matematik tingkatan 3 hari Ahad Jam 7.30 - 9.00 malam dilanjutkan ke 9.30 malam bermula 10 April 2011. Harap Ibu bapa ambil maklum perkara ini.

Terima kasih.

(ISHAK BIN JOHARI)

Wednesday 6 April 2011

INTERLOK YANG KONTROVERSI...

Orang Melayu seharusnya berusaha gigih bukan menjadi orang suruhan bangsa lain. Satu kesilapan besar orang Melayu ialah malas berusaha. Jika bangsa lain lebih kaya dan maju perasaan hasad dengki pula wujud. Apakah Melayu tidak mahu berubah? Novel ini memberi ingatan kepada bangsa Melayu agar jangan merempat di bumi sendiri. Tanah digadainya...hidup melarat. Bagi bangsa India, anda perlu kukuhkan perpaduan seperti bangsa Cina jika ingin mencapai kemajuan dalam bidang ekonomi seperti bangsa Cina (yang dinggap pendatang di bumi Melayu ini). Novel ini hanya  memberi kesedaran kepada bangsa Melayu di Nusantara ini yang faham akan sejarah keturunan mereka dan memberi ingatan kepada bangsa Cina dan India bahawa mereka adalah Pendatang??

KELAS TAMBAHAN BAGI TINGKATAN 3 SUBJEK BAHASA MALAYSIA

PERHATIAN KEPADA IBU BAPA/ PENJAGA:

KELAS BAHASA MALAYSIA, TINGKATAN 3, AKAN BERMULA DARI JAM 7.30 HINGGA 9.30 MALAM SETIAP SELASA, INI BERMAKNA ADA PERTAMBAHAN MASA DIMANA MASA SEBELUMNYAIALAH JAM 8.00 HINGGA 9.30 MALAM.

Saturday 2 April 2011

KEHADIRAN KELAS TAMBAHAN TINGKATAN 3

Salam Sejahtera,

Diminta para Ibu bapa memastikan anak-anak kita hadir kelas tersebut, kerana kelas ini akan membantu anak-anak kita dalam mengulangkaji topik-topik dalam tingkatan 2 dan 1 sebagai persediaan Peperiksaan Pertengahan Tahun akan datang. Sila maklum kepada pihak kami sekiranya anak tuan tidak dapat hadir agar bahan P & P yang tertinggal dapat kami berikan sebagai latihan kendiri di rumah. Kehadiran amatlah dihargai.

"KE ARAH KETERBILANGAN AKADEMIK"

(ISHAK BIN JOHARI)

Friday 1 April 2011

KELAS TAMBAHAN BAGI TINGKATAN 3 SUBJEK MATEMATIK DAN SAINS

PERHATIAN KEPADA SEMUA PELAJAR YANG MENGAMBIL SUBJEK MATEMATIK DAN SAINS TINGKATAN 3

KELAS PERTAMA BERMULA 02 APRIL 2011 (SABTU), MASA TERBAHAGI KEPADA TIGA MENGIKUT KUMPULAN. SENARAI NAMA TELAH DIEDARKAN DALAM MEMO TERKINI:
KUMPULAN 1, JAM 8.00-9.30 PAGI
KUMPULAN 2, JAM 9.30-11.00 PAGI
KUMPULAN 3, JAM 11.00-12.30 TENGAHARI.

HARAP PELAJAR DAPAT SERAHKAN MEMO TERSEBUT KEPADA IBU BAPA ATAU PENJAGA MASING-MASING. SEKIRANYA ADA KELAS GANTIAN DI SEKOLAH SILA MAKLUMKAN KEPADA CIKGU HIDAYAH UNTUK MEMBUAT TEMUJANJI MASA YANG LAIN.

TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN.

(ISHAK JOHARI)

PERUBAHAN KELAS SAINS TINGKATAN 5

PERHATIAN KEPADA PELAJAR TINGKATAN 5 SUBJEK SAINS

Adalah dimaklumkan bahawa kelas Sains Tingkatan 5 akan berubah masa P & P iaitu:
Waktu Asal: Hari Ahad, Pukul 7.30-9.30 Malam
Waktu Baru: Hari Ahad, Jam 4.00 - 6.00 Petang
Kelas ini berkuatkuasa serta-merta. Oleh yang demikian, kelas pertama bermula 03 April 2011.

Harap Maklum, terima kasih.

(ISHAK BIN JOHARI)