Monday 30 April 2012

BENGKEL & MOTIVASI UPSR PERINGKAT NEGERI SARAWAK

PROGRAM ANJURAN BERSAMA 
ANJUNG MINDA RESOURCES 
Setakat ini sudah ada 62 orang peserta yang telah membuat tempahan dan bayaran. 
KINI MASIH TERBUKA
HUBUNGI PIHAK GURU BESAR SEKOLAH MASING-MASING UNTUK MENDAPATKAN BORANG PENYERTAAN

1. SK MATANG JAYA, KUCHING
2. SK GITA, MATANG
3. SK GITA NO. 2, MATANG
4. SK ST. JOSEPH, KUCHING
5. SK ST. TERESA JLN TUN HJ. OPENG
6. SK GREEN ROAD, KUCHING
7. SK PETRAJAYA

MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI KAMI DI TALIAN: 012-8977022 / 082646277

Monday 9 April 2012

TUISYEN BAGI CALON MENGULANG SPM AMBILAN JUN DAN DISEMBER 2012

PERHATIAN

Bagi pelajar yang mengulang SPM, ambilan Jun dan Disember 2012 diberi peluang untuk berdaftar kelas secara personal. Sila kemukakan borang pendaftaran segera. Program akan bermula 14 April 2012

Terima kasih.

Monday 2 April 2012

UCAPAN TAHNIAH KEPADA PELAJAR SPM 2011

SEKALONG

TAHNIAH

AHLI LEMBAGA PENGARAH DAN PENGURUSAN PUSAT TUISYEN TERBILANG MENGUCAPKAN SETINGGI-TINGGI TAHNIAH KEPADA PELAJAR YANG MENDAPAT KEPUTUSAN SANGAT CEMERLANG DALAM PEPERIKSAAN SPM 2011 YANG BARU DIUMUMKAN SEMALAM. 

TAHNIAH JUGA KEPADA CIKGU-CIKGU PUSAT TUISYEN TERBILANG KERANA MELAHIRKAN PELAJAR YANG TERBILANG....

TAHNIAH.
 






 

Sunday 1 April 2012

PERTAMBAHAN MASA PEMBELAJARAN SUBJEK MATEMATIK TINGKATAN 3

Adalah dimaklumkan bahawa kelas Matematik Tingkatan 3, akan mengalami pertambahan masa pembelajaran kepada 2 Jam:

JADUAL ASAL
JADUAL BARU
Subjek: Matematik
Hari: Selasa
Masa: 6.30ptg – 8.00mlm
Subjek: Matematik
Hari: Selasa
Masa: 6.00ptg – 8.00mlm
Subjek: Matematik
Hari: Jumaat
Masa: 6.30ptg – 8.00mlm
Subjek: Matematik
Hari: Jumaat
Masa: 6.00ptg – 8.00mlm

Jadual ini berkuatkuasa April 2012. Pertambahan masa ini membolehkan para pelajar yang agak lemah dapat diberi perhatian dan tunjuk ajar yang lebih supaya dapat mencapai keputusan yang lebih baik dalam peperiksaan akan datang. TIADA sebarang bayaran tambahan dikenakan. 

Semoga, segala usaha yang gigih dan berterusan akan memperolehi kejayaan yang cemerlang dan terbilang. Sebarang kemusykilan mengenai perkara tersebut boleh menghubungi pihak kami di talian 082-646277

 Sekian, terima kasih atas segala sokongan.

"KE ARAH KETERBILANGAN AKADEMIK"

PINDAAN JADUAL BAGI SUBJEK MATEMATIK TAMBAHAN & MATEMATIK MODEN TINGKATAN 4


Salam Sejahtera,

Tuan/Puan,

Memandangkan kehadiran para pelajar bagi subjek Matematik Tambahan, Tingkatan 4 tidak memuaskan kerana kebanyakan para pelajar mengikuti aktiviti kokurikulum dan aktiviti sukan serta kelas gantian di sekolah pada hari tersebut. Maka, bermula Bulan MAC 2012 Kelas Matematik Tambahan dan Matematik Moden Tingkatan 4 akan mengalami perubahan masa pembelajaran:

JADUAL ASAL
JADUAL BARU
Subjek: Matematik Tambahan
Hari: Setiap Sabtu
Masa: 8.30 pagi – 10.30 pagi
Subjek: Matematik Tambahan
Hari: Setiap Ahad
Masa: 2.30 – 4.30 Petang
Subjek: Matematik Moden
Hari: Setiap Ahad
Masa: 2.30 – 4.30 Petang
Subjek: Matematik
Hari: Setiap Sabtu
Masa: 8.30 pagi – 10.30 pagi

**SUBJEK-SUBJEK LAIN TIADA PERUBAHAN.

2.         Perubahan Jadual ini berkuatkuasa pada 10 Mac 2012 (Sabtu). Pihak kami memohon maaf atas segala kesulitan. Sebarang kemusykilan berkaitan perkara tersebut bolehlah hubungi pihak kami ditalian yang tertera di atas. Segala sokongan dan kerjasama pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“KE ARAH KETERBILANGAN AKADEMIK”

PERUBAHAN JADUAL WAKTU BAGI PELAJAR TAHUN 4 (SUBJEK BAHASA MALAYSIA )

Salam Sejahtera,

Tuan/Puan,

Adalah dimaklumkan bahawa, bermula BULAN APRIL 2012, Kelas Bahasa Malaysia Tahun 4 akan mengalami perubahan hari dan masa pembelajaran:

JADUAL ASAL
JADUAL BARU
Subjek: Bahasa Malaysia
Hari: Sabtu
Masa: 2.00 – 4.00 Petang
Subjek: Bahasa Malaysia
Hari: Khamis
Masa: 7.15 - 9.15 Malam
**SUBJEK-SUBJEK LAIN TIADA PERUBAHAN MASA.

2.         Perubahan tersebut adalah disebabkan guru yang mengajar subjek tersebut sedang menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana (Masters), Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), akan menghadiri kuliah setiap Sabtu. Perubahan Jadual ini berkuatkuasa serta-merta dan kelas pertama perlu dihadiri pada pada 05 April 2012 (Khamis).

Pihak kami memohon maaf atas kesulitan ini. Sebarang kemusykilan berkaitan perkara tersebut bolehlah hubungi pihak kami ditalian yang tertera di atas. Segala sokongan dan kerjasama pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“KE ARAH KETERBILANGAN AKADEMIK”