Saturday 23 September 2017

PROGRAM PECUTAN AKHIR MENJELANG PEPERIKSAAN PT 3 2017

DAFTAR SEGERA!


DI BUKA UNTUK PENDAFTARAN


PROGRAM PECUTAN AKHIR MENJELANG PEPERIKSAAN PT 3 2017


TARIKH: 01 - 05 OKTOBER 2017
HARI: AHAD HINGGA KHAMIS (5 HARI)


MASA: 10.30 PAGI – 12.30 T/HARI (AHAD), 7.30-9.30 MALAM (ISNIN-KHAMIS)


TEMPAT/BILIK: KELAS 1, PUSAT TUISYEN TERBILANG, MATANG JAYA, PETRAJAYA, KUCHING, SARAWAK


TARIKH TUTUP: 30 SEPTEMBER 2017


OBJEKTIF/TUJUAN: 

 ✅ Memberi latihan intensif dan praktis berterusan agar pelajar tidak leka, lalai dan lupa kerana masa rehat yang panjang sebelum peperiksaan

 ✅Memberi motivasi dan galakan agar pelajar terus berusaha sehingga peperiksaan tanpa membuang masa

 ✅Menanam keyakinan dan memperkasakan pengetahuan dan kemahiran dalam menghadapi peperiksaan PT 3


Berminat Sila Hubungi:

012-8977022 (Cikgu Nurhidayah)

☎ 017-8083528 (Cikgu Ishak)


Borang Pendaftaran: 


DAFTAR SEGERA!

TEMPAT TERHAD


*Nota: Memo Telah di Edar Kepada Pelajar

Friday 22 September 2017

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU HIJRAH 1439H

Kepada Semua Warga Pusat Tuisyen Terbilang
Ibu bapa/Penjaga, Guru-guru dan Para Pelajar

Kami Pengurusan Pusat Tuisyen Terbilang

Mengucapkan:
SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU ISLAM 

SAMA-SAMA KITA MENGAMBIL IKTIBAR DARIPADA PENGHIJRAHAN 
RASULULLAH S.A.W

 

Thursday 21 September 2017

JEMPUTAN KE MAJLIS SOLAT HAJAT DAN TAHLIL SEMPENA MENJELANG PEPERIKSAAN PT 3, TAHUN 2017

Image result for info terkini

Tarikh  : 04 Oktober, 2017 (Rabu Malam Khamis)
Masa    : 6.00 Petang – 9.00 Malam 
Tempat : Izzatul Villa, Lot 8951, Lorong 9, Taman Matang
               Jalan Matang, 93050 Kuching, Sarawak. 
Aturcara:     6.00 Petang – Ketibaan Para Jemput
                        6.45 Petang – Solat Maghrib Berjemaah
                     Imam : USTAZ ROMIZI BIN ISMAIL
                     SK TASSUDDA, Jalan Matang, Petrajaya, Kuching.
                     7.00 Malam – Tahlil & Bacaan Surah Ya-Sin
                                             Solat Isyak & Solat Hajat Berjemaah
                                             Jamuan Ringan
                                             Bersurai

* Kepada Ibu/bapa yang ingin menyumbang makanan, dalam majlis ini amat dialu-alukan.
* Diminta para pelajar membawa sejadah, telekung dan buku surah Ya-Sin masing-masing.
 
SEMUA PELAJAR ISLAM DI JEMPUT HADIR. 
TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA SEMUA.

Monday 18 September 2017

Bengkel Kecemerlangan PT 3 – Skor A Berjaya


Selama 3 hari bermula Jumaat 15 September 2017 hingga 17 September 2017 telah berlangsung Program Tahunan Bengkel Kecemerlangan PT 3 – Skor A di Pusat Tuisyen Terbilang Matang Jaya. Program disertai seramai 23 orang yang terdiri daripada pelajar Pusat Tuisyen Terbilang Sahaja dan tidak terbuka kepada pelajar luar. Pendedahan pelbagai bentuk soalan KBAT daripada soalan-soalan Percubaan Negeri Seluruh Negara menjadi latihan persediaan pelajar yang akan menghadapi Peperiksaan PT 3 awal bulan hadapan. Semoga dengan adanya Program umpama ini dapat membantu pelajar ke arah memperolehi keputusan yang cemerlang.


 



 


Tuesday 12 September 2017

BENGKEL KECERMERLANGAN PT 3 – SKOR A

BENGKEL KECERMERLANGAN PT 3 – SKOR A

TARIKH: 15 – 17 SEPTEMBER, 2017
HARI: JUMAAT, SABTU & AHAD
TEMPAT/BILIK: KELAS 1
PUSAT TUISYEN TERBILANG,
MATANG JAYA, KUCHING

DAPATKAN BORANG DI LINK INI 

  BORANG BENGKEL PT 3 2017 Image result for logo pdf file

TARIKH TUTUP: 14 SEPTEMBER, 2017


MAKLUMAT LANJUT LAYARI LAMAN WEB RASMIPUSAT TUISYEN TERBILANG DI:

Monday 11 September 2017

UCAPAN DAN DOA SEMPENA UPSR 2017

PENGETUA
&
AHLI LEMBAGA PENGARAH
SERTA
GURU-GURU
 
PUSAT TUISYEN TERBILANG
 
MENDOAKAN KEJAYAAN CALON UPSR 2017
Sebahagian Pelajar UPSR Pusat Tuisyen Terbilang
yang mengukiti Program Pecutan Akhir tempohari
11 – 14 SEPTEMBER 2017
 
SEMOGA BERJAYA
 
SELAMAT MAJU JAYA

Saturday 9 September 2017

PECUTAN AKHIR UPSR 2017 BERJAYA

Segala penat lelah selama 8 hari, kini berakhirlah Program Tahunan Pecutan Akhir UPSR 2017 yang bermula 2 September hingga 9 Sepetember 2017. Pihak Penganjur mengharapkan segala kepayahan dan kejerihan dalam usaha meraih keputusan cemerlang akan tercapai. Namun, dari analisa yang dibuat, para peserta dari pelbagai latar belakang dan sekolah masih belum mencapai tahap maksimum. Dengan kata lain, ramai pelajar terutama dari sekolah luar bandar masih kurang pencapaiannya berbanding sekolah-sekolah bandar. Analisis dibuat daripada penilaian soalan-soalan percubaan negeri-negeri diawal dan diakhir program. Ulasan kejayaan program ini akan dibuat dan dianalisis bagi meningkatkan kualiti program pada masa hadapan. Tahniah Kepada semua peserta. Semoga mencapai kejayaan yang cemerlang.

USAHA> IKHTIAR> TAWAKKAL>DOA