Sunday 20 October 2019

PROGRAM SOLAT HAJAT MENJELANG PEPERIKSAAN SPM TAHUN 2019

TARIKH: 01 NOVEMBER 2019
HARI: JUMAAT MALAM SABTU
MASA: 6.00 PETANG - 9.00 MALAM
IMAM: USTAZ ROMIZI BIN ISMAIL
- SOLAT MAGHRIB BERJEMAAH
- BACAAN YA-SIN & TAHLIL
- TAZKIRAH "TANGGUNGJAWAB PELAJAR"
- SOLAT ISYAK BERJEMAAH
- SOLAT HAJAT BERJEMAAH
- JAMUAN RINGAN 
 
 
SEMUA PELAJAR ISLAM SERTA IBU BAPA/PENJAGA DI JEMPUT HADIR
 
 
TERIMA KASIH 



Wednesday 9 October 2019

Bengkel PT 3 – Skor A

Pada 16 September, 2019 yang lalu, Pusat Tuisyen Terbilang telah mengadakan prorgam Bengkel PT 3 – Skor A yang merupakan program tahunan bagi mengekalkan kecemerlangan anak-anak Terbilang sentiasa cemerlang dalam peperiksaan awam. Program disertai seramai 27 orang pelajar bertempat di Pusat Tuisyen Terbilang Cawangan Matang Jaya bermula Jam 8.00 pagi hingga 5.30 petang.
Seawal 8.00 pagi pelajar mendaftar dan terus diikuti dengan sesi bengkel pertama bagi subjek Sains yang dikendalikan oleh Cikgu Noradzahar Hussaini dari SMK St. Teresa, Kuching. Beliau menerangkan format soalan PT 3 yang julung kalinya menggunakan format terbaharu pada tahun ini serta teknik-teknik menjawab soalan PT 3.
Jam 11.00 pagi Pelajar didedahkan dengan format terkini bagi subjek Sejarah oleh penceramah jemputan Cikgu Shamsuri Jebat dari SMK Bako, Kuching. Beliau menfokuskan kepada bentuk-bentuk soalan dan teknik menjawab dengan betul.
Program berehat Jam 1.00 tengahari untuk makan tengahri dan solat zohor. Sumbangan makan tengahari disumbang Kerajaan Persekutuan, Pakatan Harapan yang telah disampaikan oleh Yang Berusaha Saudara Ahmad Nazib Johari, Ketua Cabang PKR Santubong, Sarawak.
Program diteruskan pada Jam 2.30 petang dengan sesi pratikal bagi subjek Bahasa Inggeris yang dikendalikan oleh Cikgu Teo Fang Liang dari SMK Santubong, Kuching. Beliau telah mengupas secara terperinci tentang teknik-teknik menjawab soalan dan format terkini dalam PT 3.
Program berakhir dengan Sesi Motivasi dan Penyampaian Sijil Penyertaan. Pihak penganjur mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak yang memberi sumbangan bagi menjayakan progam pada kali ini. Semoga dengan sumbangan ini dapatlah program seumpama ini berjalan lancar. Sijil Penghargaan kepada para penceramah jemputan disampaikan oleh Pengarah, Pusat Tuisyen Terbilang, Yang Berbahagia Dr. Ishak Johari. Manakala Sijil Penyertaan pelajar disampaikan Yang Berusaha Encik Raini Kasim, Pengurus Besar, Pusat Tuisyen Terbilang.

Monday 7 October 2019

Bengkel Kecemerlangan UPSR 2019 – Skor A

Pada 4 Ogos 2019 yang lalu, Pusat Tuisyen Terbilang Telah mengadakan Program Bengkel UPSR 2019 – Skor A, selama sehari bermula jam 8.00 pagi hingga 6.30 Petang bertempat di Pusat Tuisyen Terbilang Cawangan Matang Jaya, Kuching, Sarawak. Program tahunan ini adalah terhad kepada pelajar Terbilang sahaja dan seramai 27 orang pelajar dipilih telah mengikuti program pada kali ini.


Program bermula seawal jam 8.00 pagi bermula dengan pendaftaran pelajar dan diikuti dengan Subjek Bahasa Malaysia yang disampaikan oleh Cikgu Mohd. Jamil Abdul Rahman. Praktikal dijalankan dengan memastikan para pelajar boleh menjawab soalan UPSR dengan tepat dan betul. Sesi kedua bermula Jam 10.30 pagi selepas pihak penganjur menyediakan jamuan pagi. Sesi penerangan dan teknik-teknik menjawab soalan oleh Cikgu Juliana Ak Alexander Ritum bagi subjek Bahasa Inggeris.


Program berehat untuk makan tengahari dan solat zohor pada Jam 12.30 tengahari hingga 2.00 petang diikuti dengan sesi ketiga bagi subjek Matematik oleh Cikgu Mohamad Aziz. Sesi terakhir bagi subjek Sains disampaikan oleh Cikgu Hajibah Sepawi pada Jam 4.00 hingga 6.00 petang. Program berakhir pada Jam 6.30 petang dengan majlis penutup dan penyampaian sijil penyertaan oleh Pengarah Pusat Tuisyen Terbilang, Yang Berbahagia Dr. Ishak Johari.


Pihak penganjur mengucapkan terima kasih kepada mereka yang menjayakan program ini secara langsung dan tidak langsung terutama kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong, Yang Berhormat Encik Fazzruddin Abdul Rahman yang berbesar hati memberi sumbangan bagi program bengkel pada kali ini. Harapan agar semua pelajar Terbilang akan mencapai kejayaan yang cemerlang dalam UPSR pada tahun ini.