Wednesday 24 February 2016

SPM 2016 - BAHASA MELAYU (KERTAS 1: BAHAGIAN A)

 Fokus SPM 2016

Gambar di bawah menunjukkan kejadian jenayah ragut serta maklumat tentang usaha membendung jenayah tersebut. Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha membendung jenayah ragut . Panjangnya  huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.



          Muktahir ini, jenayah ragut merupakan isu yang sering kita dengar di media massa. Isu ini juga menjadi buah mulut semua lapisan masyarakat. Kejadian ragut terutamanya mula membimbangkan pelbagai pihak. Golongan wanita merupakan sasaran utama yang menjadi mangsa jenayah ini. Bukan itu sahaja malah, mangsa ragut ada yang terbunuh atau dibunuh dengan kejam. Hal sebegini manjadi trauma dan menimbulkan rasa cemas kepada golongan wanita. Perbuatan ini jelas menconteng arang dan mencemarkan imej negara. Persoalannya, ke manakah hilangnya sifat perikemanusiaan? Oleh hal demikian, semua pihak perlu bersikap sediakan payung sebelum hujan untk membendung masalah ini daripada terus berlaku.

       Antara usaha yang boleh dilakukan bagi membendung isu ini adalah dengan  penguatkuasaan undang-undang. Dengan berbuat demikian, peragut akan berasa takut dan serik untuk melakukan jenayah.Oleh itu, kerajaan perlulah melaksanakan hukuman yang berat. Sebagai contoh, penjenayah ragut yang mengakibatkan kematian dan kecederaan  parah mestilah menerima hukuman gantung sampai mati.Selain itu, pemantauan daripada pihak berkuasa haruslah lebih berkesan. Kawalan ini perlu dikuatkuasakan selama 24 jam. Melalui usaha tersebut masyarakat  akan berasa selamat untuk kegiatan rutin harian. Pepatah Melayu ada menyatakan bahawa  sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Sesungguhnya, undang-undang perlu dipinda dan dikuatkuasakan segera.

         Kempen kesedaran  perlu diadakan untuk membendung gejala ragut yang semakin berleluasa. Hal ini adalah penting sebagai langkah awal untuk membendung  gejala ragut. Hal ini adalah penting sebagai langkah awal untuk membendung gejala ragut. Masyarakat umumnya tidak mempunyai maklumat yang menyeluruh berkenaan dengan jenayah ini. Oleh hal demikian, dengan mengadakan ceramah kesedaran di samping meayangkan gambar-gambar kejadian dan mangsaragut maka secara tidak langsung akan memupuk kesedaran sivik dalam kalangan masyarakat. Tambahan pulan masyarakat juga akan lebih bersikap berhati-hati dan bersikap cakna tentang sesuatu keadaan. Misalnya, para pelajar perempuan khususnya tidak akan berjalan seorang diri apabila pulang dari sekolah. Dengan itu, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Sewajarnya, kita haruslah peka dengan keadaan sekeliling dan menjauhkan diri daripada terlibat dengan jenayah ragut.
    
      Bagi membendung masalah jenayah ragut ini daripada terus menular, kerjasama antara masyarakat juga harus ditingkatkan. Perkara sebegini umumnya terjadi kerana, masyarakat bersikap acuh tidak acuh untuk membuat laporan kepada pihak polis apabila berlakunya perkara melibatkan jenayah. Dalam konteks ini, masyarakat hendaklah memberanikan diri untuk bekerjasama dengan polis.Masyarakat perlu melaporkan sesuatu yang aneh dan pelik kepada pihak berkenaan.Bukan itu sahaja, masyarakat juga  oleh menjadi “Rakan Cop” kepada pihak polis.Hakikatnya, masalah yang dihadapi merupakan masalah kita bersama. Dengan kerjasamadaripada semua pihak, permasalahan sebegini pasti mampu diselesaikan. Hal ini bertepatan dengan kata bidalan, tak ada kusut yang tak selesai, tak ada keruh yang tak jernih.Tegasnya, masyarakat haruslah berganding bahu dan memberikan komitmen bagi mencegah jenayah ragut ini.
    
       Walhasil, masyarakat perlu mempunyai kesedaran tentang bahaya jenayah ini jikalau tidak dibendung.Isu ini juga perlu ditangani oleh semua masyarakat dengan sikap bekerjasama yang kuat, bagai aur dengan tebing. Dengan itu , masalah ini pasti dapat dibendung sehinggake akar umbi dan seterusnya dapat melahirkan masyarakat penyayang. Tegasnya, kerjasama daripada semua pihak mampu mewujudkan negara yang bebas daripada jenayah ragut di samping keamanan dan kesejahteraan negara dikekalkan buat selama-lamanya.


(Sumber: Bahasa Melayu Penulisan SPM)

Monday 8 February 2016

CHINESE NEWS YEAR 2016 CELEBRATION

TERBILANG TUITION CENTRE WILL BE CLOSED FOR THE 
CHINESE NEWS YEAR 2016 CELEBRATION

DATE: 8 - 9 FEBRUARY, 2016
  
DAYS: MONDAY & TUESDAY

CLASSES WILL START AS USUAL 10 FEBRUARY 2016 (WEDNESDAY)

BOARD OF DIRECTORS, TOP MANAGEMENT,
 TEACHERS AND STAF

WISH


HAPPY CHINESE NEWS YEAR