Tuesday 28 June 2011

BENGKEL SKOR A - UPSR (23 - 24 JULAI 2011)

Pendaftaran peserta dibuka sekarang untuk pelajar Tahun 6. Kepada mereka yang berminat sila isi borang dan hantar sebelum 09 Julai 2011. Memo berkaitan telah diedarkan pada 27 Jun 2011. Berikut adalah butiran mengenai program tersebut:

Tarikh: 23 - 24 Julai 2011 (Sabtu - Ahad)
Masa: 8.00 Pagi - 5.30 Petang
Jemputan/Fasilitator: Guru Pakar/Cemerlang peringkat Negeri dan Kebangsaan serta Penyemak Kertas UPSR dari pelbagai sekolah
Yuran Penyertaan: RM120.00 Seorang

Sila hubungi Cikgu Hidayah ditalian 012-8977022 untuk tempahan tempat. TEMPAT ADALAH TERHAD.

Terima kasih.
                          

PERHATIAN UNTUK PELAJAR TINGKATAN 3 KELAS BAHASA MALAYSIA

Perhatian Untuk Tingkatan 3: Kelas BM Hari Selasa Ditukar pada Hari Sabtu Jam 5.00-6.30ptg. Kelas Matematik Hari Sabtu ditukar pada Hari Selasa 7.30-9.30malam. Tambahan masa untuk subjek Matematik. Harap Maklum.

Saturday 25 June 2011

UCAPAN TAHNIAH

Ucapan Tahniah kepada Cikgu Gwenyttha Kita yang selamat melahirkan anak lelaki petang tadi....Kelas Bahasa Malaysia akan diambil alih oleh Cikgu Ishak buat sementara waktu. Terima kasih.

Sunday 12 June 2011

KELAS MATEMATIK TINGKATAN 4 (KELAS BARU AKAN DIBUKA)

PERHATIAN;


Dimaklumkan bahawa Kelas  Metematik Tingkatan 4 akan dibuka pada Bulan Julai 2011. Kepada para pelajar yang memohon mengikuti kelas tersebut diminta menyemak nama di papan kenyataan Pusat Tuisyen Terbilang. Kepada pelajar yang berminat, pendaftaran masih dibuka sehingga akhir bulan Jun 2011. Kelas akan bermula pada 02 Julai 2011. Harap Maklum. Terima kasih.

"KE ARAH KETERBILANGAN AKADEMIK"

Thursday 9 June 2011

KELAS METEMATIK TINGKATAN 3, ESOK

PERHATIAN:

Kelas Matematik Tingkatan 3, Esok (Jumaat) 10 Jun 2011 akan diawalkan dari Jam 6.00 Petang hingga 8.00 Malam. Harap Maklum. Terima Kasih.

Wednesday 8 June 2011

KELAS BAHASA MELAYU TINGKATAN 5

PERHATIAN!


Kelas BM Tingkatan 5, pada 10 Jun 2011 (Jumaat) ini akan diadakan dari Jam 4.00 - 6.00 Petang. Harap maklum. Terima kasih.



Monday 6 June 2011

KELAS TAMBAHAN TINGKATAN 3

PERHATIAN:

Kepada semua pelajar yang mengambil subjek Sains dan Matematik, kelas tambahan intensif akan diadakan bermula pada 30 Mei 2011 (Isnin) hingga 09 Jun 2011 (Khamis), Jam 8.30 Pagi hingga 12.15 Tengahari. Pembahagian Kumpulan seramai 20 orang setiap kumpulan seperti yang dinyatakan dalam Memo yang telah diedarkan pada 27 Mei 2011. Dimaklumkan bahawa TIADA sebarang bayaran bagi kelas tambahan ini. Diharapkan pelajar dapat menghadiri kelas ini sebaiknya.

Segala kesusahan, kepayahan dan kejerihan kita menuntut ilmu dan mengejar cita-cita akan membuahkan kejayaan yang cemerlang. Usaha didahulukan, Disusuli dengan doa...

Sekian, terima kasih.

Friday 3 June 2011

TUISYEN AKAN MULA SEMULA PADA 05 JUN 2011 (AHAD)

Adalah dimaklumkan bahawa kelas tuisyen akan mula semula pada 05 Jun 2011 (Ahad) ini. Kepada mereka yang belum menjelaskan yuran Mei 2011 diharap dapat jelaskan pada Hari Ahad ini. Sekian, terima kasih.