Wednesday 25 November 2020

Pendaftaran Baru Tuisyen 2021 Kini di Buka

 
Salam Sejahtera Para Ibu bapa/Penjaga

PENDAFTARAN TUISYEN BAGI TAHUN 2021

KINI 

BERMULA

SILA DAPATKAN JADUAL  & BORANG PENDAFTARAN 2021

BORANG PENDAFTARAN 2021


DAFTAR SEGERA

TEMPAT TERHAD

 

SILA DATANG SENDIRI KE PUSAT TUISYEN UNTUK PENDAFTARAN

MASA BEROPERASI

ISNIN – JUMAAT : 7.00 – 9.30 MALAM

SABTU – AHAD : 9.00 PAGI – 12.30 TENGAHARI

 

HUBUNGI KAMI

082-645393 / 082-646277 / 012-8977022

Saturday 14 November 2020

Belajar online: Jangan asyik tekan guru, pelajar - Komentar Teon Eg (Pengarang Berita Utusan Malaysia)

Pembelajaran Menggunkan Applikasi Zoom

Oleh Teon Eg10 November 2020, 8:51 

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sesi kedua bermula lagi. Yang terkecuali Pahang, Kedah, Perlis dan Sarawak kecuali di Kuching. Sebelum PKPB dikuat kuasa mulai 9 November, kerajaan beri tempoh tiga hari.

Walaupun khabar PKPB tidak menggembirakan namun ada tempoh ‘bertenang’. Tetapi pelik dengan Kementerian Pendidikan Isnin lalu apabila keputusan menutup sekolah di semua negeri dilakukan secara tiba-tiba.

Umum semalam tutup semalam. Begitu juga semua asrama di institusi pengajian tinggi, menengah atau rendah juga ditutup. Ibu bapa disuruh menjemput pulang anak masing-masing yang berada di serata negeri. Pengumuman tersebut sekali gus menamatkan sesi persekolahan tahun 2020.

Netizen mempersoalkan nasib pengusaha kantin, pekerjanya dan pengusaha bas sekolah. Keputusan tiba-tiba menyebabkan mereka menanggung kerugian kerana stok bahan mentah belum habis. Begitu juga nasib pekerja kantin dan pengusaha bas sekolah hilang kerja seperti kilat.

Apa pun keputusan, pokoknya Covid-19 benar-benar memberi kesan termasuk dalam sektor pendidikan. Pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam talian terlalu baharu dan terlalu banyak kekangan bukan sahaja di pihak ibu bapa, pelajar tetapi guru sendiri.

Pemilikan komputer, internet dan kebolehan pelajar memberi fokus amat meragukan. Belum lagi isu ruang PdP di kediaman guru mahupun pelajar sesuaikah?

Justeru, pihak Kementerian Pendidikan dan Jabatan Pelajaran seluruh negeri jangan memberi tekanan berlebihan kepada guru dan pelajar melaksanakan dan mengikuti PdP menerusi pelbagai aplikasi secara dalam talian.

Imbaslah semula kisah pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) Veveonah Mosibin dari Pitas, Sabah yang memanjat pokok untuk mendapatkan capaian internet bagi menjawab peperiksaan secara dalam talian. Hakikatnya ada ramai lagi `Veveonah’ bukan hanya di Sabah tetapi di semenanjung juga.

Jika kementerian dan JPN mengharapkan sesi PdP lancar seperti atas kertas sila selesaikan kelengkapan ke arah tersebut bukan sekadar cadangan menerusi mesyuarat.

Pengubal dasar dan pembuat keputusan era Covid-19 dilihat hanya pandai cakap, beri cadangan dan arahan. Mereka tidak melalui situasi seperti dialami rakyat.

Agak rasional apabila ada cadangan supaya gaji mana-mana menteri, timbalan dan ketua pegawai eksekutif milik kerajaan yang tidak boleh berfungsi ketika ini dibekukan sementara. Bayar gaji puluhan ribu tetapi tidak membantu rakyat daripada hilang kerja, terputus punca rezeki adalah pembaziran.

Amaran tersebut revelan dengan cita-cita barisan ADUN dan EXCO Kelantan yang mengharap gaji mereka dinaikkan RM3,000 hingga RM5,000 seorang ketika penduduk negeri itu masih ramai yang bekerja kais pagi makan pagi.

Teon Eg ialah Pengarang Berita Utusan Malaysia

Selamat Hari Deepavali

Selamat Hari Deepavali

kepada

semua pelajar dan guru Terbilang

yang meraikannya.

Wednesday 4 November 2020

Kelas Tuisyen ONLINE 30 Oktober Hingga 13 November 2020




MEMO: Penutupan Sementara Pusat Tuisyen Terbilang Akibat Wabak COVID19

Pasca PKP: Tuisyen Kini Dibuka Semula


 
Mohon share kepada saudara mara dan kawan-kawan yang mahu mengikuti kelas tuisyen. 
 
PKP sudah hampir 4 bulan anak-anak kita tidak belajar. Risau anak-anak kita mahu SPM. Mahu masuk sekolah belum pandai membaca menulis mengira.
 
layari wwwpusattuisyenterbilang.com ada buka kelas tuisyen baru pelajar hanya 10 orang dalam 1 kelas patuhi SOP. 
 
Tempat terhad. Hubungi Tuan Pngetua 012-8977022/ 082645393 / 082646277. 
Terima kasih semua atas bantuan untuk share.