KATA ALUAN

PUSAT TUISYEN TERBILANG
Selamat datang ke laman blog Pusat Tuisyen Terbilang...

Alhamdulillah..syukur ke hadrat ALlah S.W.T atas limpah kurnia nikmat rezeki yang melimpah ruah. Salam sejahtera kepada Anak-anak didikku di Pusat Tuisyen Terbilang pada Tahun 2011 ini. Semoga dengan usaha yang gigih, kepayahan, kesusahan dan kejerihan  anak-anakku dalam menuntut ilmu akan terbalas dengan kejayaan yang cemerlang dalam akademik suatu ketika nanti. Terima kasih kepada para Ibu Bapa/Penjaga yang tidak jemu-jemu memberi sokongan padu sejak tahun 2005 kepada Pusat Tuisyen ini untuk terus mencurah bakti mendidik anak-anak kita sehingga mencapai impian dan cita-cita mereka. Sekalong Tahniah diucapkan kepada anak-anak didik kita yang mendapat keputusan yang sangat cemerlang dalam SPM 2010 yang lalu.


Laman blog ini dibangunkan sejajar dengan keperluan terkini untuk mengapai maklumat  global. Laman blog ini juga merupakan saluran alternatif maklumat berkaitan organisasi dan perkhidmatan kami bagi penyampaian maklumat atau mempromosi perkhidmatan kami kepada orang ramai.

Maklumat yang boleh diperolehi dari laman blog ini meliputi maklumat korporat, organisasi dan maklumat terkini Perkhidmatan atas talian seperti pendaftaran tuisyen, pertanyaan dan maklumat semasa ini disediakan bagi memudahkan para pelanggan terutama para pelajar dan ibubapa berurusan dengan kami tanpa hadir ke pejabat. Sesiapa juga dialu-alukan mengemukakan cadangan-cadangan yang konstruktif supaya penambahbaikan laman blog ini agar dapat dijalankan secara berterusan.

Saya berharap maklumat-maklumat yang disediakan melalui laman blog ini akan menjadi satu wacana untuk mendapatkan maklumat dan mempercepatkan urusan komunikasi. Selamat melayari laman blog Pusat Tuisyen Terbilang yang tak seberapa ini. Mohon Maaf Jika ada kekurangan. Sekian, terima kasih.

"KE ARAH KETERBILANGAN AKADEMIK"

Nurhidayah Binti Abdullah
Pengetua
Pusat Tuisyen Terbilang Sdn. Bhd.
MALAYSIA.
01 FEBRUARI 2011