Monday 17 October 2016

BENGKEL SKOR A SPM (MATEMATIK & SAINS) BERJALAN LANCAR

14 - 16 Oktober 2016 (3 Hari) berlangsung bengkel metematik dan sains dari jam 8.00pagi hingga 6 petang bertempat di Pusat Tuisyen Terbilang Cawangan Matang Jaya. Seramai 23 Orang pelajar menyertai program tersebut. Pelajar terdiri daripada pelajar yang telah mengikuti tuisyen sejak Januari yang lalu telah  menampakkan peningkatan markah bagi subjek yang diambil.



Pada kali ini terdapat 4 orang pelajar luar (yang tidak mengikuti tuisyen di Pusat Tuisyen Terbilang)  menyertai bengkel dimana didapati prestasi mereka sangat membimbangkan. Pada 4 kertas 1 yang diuji hanya markah memperolehi sekitar 9/40, 5/40, 8/40 dan 11/40. Tetapi selepas program bengkel tamat, 4 set ujian Kertas 1 matematik telah dijalankan. Pelajar-pelajar ini telah mendapat markah 15/40, 21/40, 29/40 dan 21/40. Ini menunjukkan penyertaan bengkel ini dapat meningkatkan prestasi dan pengetahuan serta kemahiran pelajar.

Topik-topik yang disentuh yang dijangka keluar dalam kertas 2, Bahagian A dan B, seperti:;
1. Persamaan Serentak (Soalan KBAT) - Kaedah Linear - Penghapusan dan gantian.
2. Set dan Ketaksamaan - Set, gambarajan Venn, Subset, Persilangan, Union, Pelengkap, melorek ketaksamaan.
3. Persamaan dan ungkapan Linear - Kemahiran expand, Faktor, penyelasaian al-gebra
4. Matriks - Hasil tambah/tolak/darab, matriks sonsang, Penyelesain persamaan
6. Penakulan Matematik
7. Luas di bawah graf - Graf Jarak masa & Graf Laju Masa
8. Graf Fungsi - Lukis graf, cari kordinal, penyelesaian graf
9. Transfomation - Gabungan Tranlation, Reflation, Rotation, Enlargement
10. Statistik - Ogif, Polygon Freq., Histogram
11. Pelan dan dongakan - Pelan, Pandangan Sisi dan Hadapan

Manakala bagi subjek sains pula, bengkel ini menumpukan cara-cara menjawab soalan-soalan kertas 2. Soalan-soalan yang dipilih adalah percubaan-percubaan negeri yang keluarkan oleh Majlis Pengetua iaitu dari , Negeri Kelantan, Kedah, Terengganu, Perak, Johor, Negeri Sembilan, Pahang dan Sabah. 



Harapan agar pelajar yang mengambil bengkel dan tuisyen di Terbilang ini akan mencapai pencapaian yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Semoga Berjaya SPM 2016!