Saturday 2 November 2019

Majlis Solat Hajat dan Pengagihan Air Zam-zam SPM 2019


02 November, KUCHING – Pusat Tuisyen Terbilang mengadakan Majlis Solat Hajat, Bacaan Yassin dan pengagihan air zam-zam kepada semua pelajar Terbilang yang akan menghadapi peperiksaan SPM 2019 bermula secara rasmi pada 5 Novemver 2019 hingga 27 November akan datang. Majlis berlangsung di Pusat Tuisyen Terbilang Cawangan Matang Jaya disertai oleh pelajarTingkatan 5 yang akan menghadapi peperikssan SPM seramai 35 pelajar (Cawangan Matang Jaya), 31 pelajar (Sukma Ria) dan para ibu bapa serta para jemputan. Turut memeriahkan majlis pada kali ini Pengerusi Pengelola, Pusat Tuisyen Terbilang, Dr. Ishak Johari dan Pengetua Pusat Tuisyen Terbilang, Yang Berusaha Puan Nurhidayah Seetha Abdullah.

Yang Berbahagia, Ustaz Romizi Ismail memimpin Majlis Soalat Hajat SPM 2019 turut kelihatan Guru-guru Terbilang.
Majlis bermula jam 6.35 petang dengan solat maghrib berjemaah yang dipimpin oleh Yang Berbahagia Ustaz Romizi Ismail diikuti dengan solat Hajat. Seterusnya bacaan Surah Yaa Sin secara berjemaah dan diakhiri dengan solat Isyak berjemaah. Sementara itu, Ustaz Romizi berpesan kepada semua pelajar Terbilang dalam tazkirah ringkas agar pelajar berusaha, ikhitar, doa dan bertawakkal sebagai resepi kejayaan dunia dan akhirat.

Sebahagian Ibubapa dan Pelajar yang Hadir dalam Majlis Tersebut.
“Jadikan belajar dan segala perbuatan sebagai ibadah untuk bekalan di alam yang lain kerana di alam lain itu nanti wang ringgit tidak berguna lagi, yang dikira adalah hanya amalan di dunia ini” Kata Ustaz Romizi.
Tambahnya lagi, “Ilmu sangat penting agar amalan yang dilakukan diterima oleh Allah, Jika beramal tanpa ilmu tidaklah menjadi, Jika banyak harta sekalipun dan ilmu tiada maka harta juga tiada nilai dan akan habis serta menjurus kepada ke arah kemaksiatan”.

Pengerusi Pengelola, Pusat Tuisyen Terbilang, Yang Berbahagia Dr. Ishak Johari Turut Hadir

Sebahagian Ibu Bapa dan Pelajar yang Hadir
Dalam ucapan aluan Dr. Ishak berpesan kepada anak-anak Terbilang agar terus berusaha dan berdoa agar kejayaan yang cemerlang dan menjadi kebanggaan ibu bapa. Beliau berharap agar pelajar Terbilang akan terus cemerlang, gemilang dan terbilang serta mendapat keputusan yang boleh cemerlang dalam peperiksaan SPM akan datang. Turut hadir guru-guru Terbilang yang mengajar Subjek-subjek Peringkat SPM iaitu Bahasa Melayu (Cikgu Mahathir), Bahasa Inggeris (Cikgu Hidayah), Sains (Cikgu Razak), Biologi (Cikgu Norol), Fizik (Cikgu Marziana), Kimia (Cikgu Jaya), Matematik dan Matematik Tambahan (Cikgu Ishak) dan Sejarah (Cikgu Adib).

Pengetua Pusat Tuisyen Terbilang, Puan Nurhidayah Seetha Abdullah berjemaah bersama Ibu Pelajar yang hadir.


Sebahagian Pelajar Terbilang merupakan calon SPM 2019 yang Hadir
Majlis berakhir sekitar jam 9.00 malam dengan semua tetamu dihidangkan jamuan ringan. Pengagihan air zam-zam yang di bekalkan oleh syarikat pembekalan rasmi air zam-zam Negeri Sarawak, S.Y. Kaizen Trading, oleh Pengurusnya, Ustaz Yahya Bakri. Sebanyak 90 botol (500ml/botol) diagihkan kepada pelajar dan ibubapa dalam majlis tersebut. Semoga dengan keberkatan keajiaban air zam-zam dapat membantu meningkatkan kerohanian pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan yang penting ini.

DOA KETIKA MEMiNUM AIR ZAM-ZAM

Air Zam-zam Diagihkan Kepada Pelajar SPM 2 Botol Seorang (1Liter).

Pembekal Ar zam-zam Negeri Sarawak, S.Y. Kaizen Trading, Diuruskan Oleh Ustaz Yahya Bakri juga merupakan Pensyarah UniMAS.
Pihak pengajur mengucapkan terima kasih kepada mereka yang memberi sumbangan menjayakan majlis tersebut terutama bekalan air zam-zam untuk pelajar-pelajar Terbilang. Semoga pemberi sumbagan tersebut dimurahkan rezeki dan dikurniakan oleh Allah SWT kesihatan yang baik dan semoga pelajar Terbilang juga menperolehi kejayaan yang cemerlang. Amiinn.