Monday 6 June 2011

KELAS TAMBAHAN TINGKATAN 3

PERHATIAN:

Kepada semua pelajar yang mengambil subjek Sains dan Matematik, kelas tambahan intensif akan diadakan bermula pada 30 Mei 2011 (Isnin) hingga 09 Jun 2011 (Khamis), Jam 8.30 Pagi hingga 12.15 Tengahari. Pembahagian Kumpulan seramai 20 orang setiap kumpulan seperti yang dinyatakan dalam Memo yang telah diedarkan pada 27 Mei 2011. Dimaklumkan bahawa TIADA sebarang bayaran bagi kelas tambahan ini. Diharapkan pelajar dapat menghadiri kelas ini sebaiknya.

Segala kesusahan, kepayahan dan kejerihan kita menuntut ilmu dan mengejar cita-cita akan membuahkan kejayaan yang cemerlang. Usaha didahulukan, Disusuli dengan doa...

Sekian, terima kasih.