Sunday 1 April 2012

PERUBAHAN JADUAL WAKTU BAGI PELAJAR TAHUN 4 (SUBJEK BAHASA MALAYSIA )

Salam Sejahtera,

Tuan/Puan,

Adalah dimaklumkan bahawa, bermula BULAN APRIL 2012, Kelas Bahasa Malaysia Tahun 4 akan mengalami perubahan hari dan masa pembelajaran:

JADUAL ASAL
JADUAL BARU
Subjek: Bahasa Malaysia
Hari: Sabtu
Masa: 2.00 – 4.00 Petang
Subjek: Bahasa Malaysia
Hari: Khamis
Masa: 7.15 - 9.15 Malam
**SUBJEK-SUBJEK LAIN TIADA PERUBAHAN MASA.

2.         Perubahan tersebut adalah disebabkan guru yang mengajar subjek tersebut sedang menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana (Masters), Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), akan menghadiri kuliah setiap Sabtu. Perubahan Jadual ini berkuatkuasa serta-merta dan kelas pertama perlu dihadiri pada pada 05 April 2012 (Khamis).

Pihak kami memohon maaf atas kesulitan ini. Sebarang kemusykilan berkaitan perkara tersebut bolehlah hubungi pihak kami ditalian yang tertera di atas. Segala sokongan dan kerjasama pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“KE ARAH KETERBILANGAN AKADEMIK”