Fokus SPM 2016
Gambar di
bawah menunjukkan kejadian jenayah ragut serta maklumat tentang usaha
membendung jenayah tersebut. Huraikan
pendapat anda tentang usaha-usaha
membendung jenayah ragut . Panjangnya
huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.
Muktahir ini,
jenayah ragut merupakan isu yang sering kita dengar di media massa. Isu ini
juga menjadi buah mulut semua lapisan masyarakat. Kejadian ragut terutamanya
mula membimbangkan pelbagai pihak. Golongan wanita merupakan sasaran utama yang
menjadi mangsa jenayah ini. Bukan itu sahaja malah, mangsa ragut ada yang terbunuh
atau dibunuh dengan kejam. Hal sebegini manjadi trauma dan menimbulkan rasa
cemas kepada golongan wanita. Perbuatan ini jelas menconteng arang dan
mencemarkan imej negara. Persoalannya, ke manakah hilangnya sifat
perikemanusiaan? Oleh hal demikian, semua pihak perlu bersikap sediakan payung sebelum hujan untk
membendung masalah ini daripada terus berlaku.
Antara usaha yang boleh dilakukan bagi
membendung isu ini adalah dengan penguatkuasaan undang-undang. Dengan
berbuat demikian, peragut akan berasa takut dan serik untuk melakukan
jenayah.Oleh itu, kerajaan perlulah melaksanakan hukuman yang berat. Sebagai
contoh, penjenayah ragut yang mengakibatkan kematian dan kecederaan parah mestilah menerima hukuman gantung
sampai mati.Selain itu, pemantauan daripada pihak berkuasa haruslah lebih
berkesan. Kawalan ini perlu dikuatkuasakan selama 24 jam. Melalui usaha
tersebut masyarakat akan berasa selamat
untuk kegiatan rutin harian. Pepatah Melayu ada menyatakan bahawa sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak
berguna. Sesungguhnya, undang-undang perlu dipinda dan dikuatkuasakan
segera.
Kempen kesedaran perlu diadakan untuk membendung gejala ragut
yang semakin berleluasa. Hal ini adalah penting sebagai langkah awal untuk
membendung gejala ragut. Hal ini adalah
penting sebagai langkah awal untuk membendung gejala ragut. Masyarakat umumnya
tidak mempunyai maklumat yang menyeluruh berkenaan dengan jenayah ini. Oleh hal
demikian, dengan mengadakan ceramah kesedaran di samping meayangkan
gambar-gambar kejadian dan mangsaragut maka secara tidak langsung akan memupuk
kesedaran sivik dalam kalangan masyarakat. Tambahan pulan masyarakat juga akan
lebih bersikap berhati-hati dan bersikap cakna tentang sesuatu keadaan.
Misalnya, para pelajar perempuan khususnya tidak akan berjalan seorang diri
apabila pulang dari sekolah. Dengan itu, melentur
buluh biarlah dari rebungnya. Sewajarnya, kita haruslah peka dengan keadaan
sekeliling dan menjauhkan diri daripada terlibat dengan jenayah ragut.
Bagi membendung masalah jenayah ragut ini
daripada terus menular, kerjasama antara
masyarakat juga harus ditingkatkan. Perkara sebegini umumnya terjadi
kerana, masyarakat bersikap acuh tidak acuh untuk membuat laporan kepada pihak
polis apabila berlakunya perkara melibatkan jenayah. Dalam konteks ini,
masyarakat hendaklah memberanikan diri untuk bekerjasama dengan
polis.Masyarakat perlu melaporkan sesuatu yang aneh dan pelik kepada pihak
berkenaan.Bukan itu sahaja, masyarakat juga
oleh menjadi “Rakan Cop” kepada pihak polis.Hakikatnya, masalah yang
dihadapi merupakan masalah kita bersama. Dengan kerjasamadaripada semua pihak,
permasalahan sebegini pasti mampu diselesaikan. Hal ini bertepatan dengan kata
bidalan, tak ada kusut yang tak selesai,
tak ada keruh yang tak jernih.Tegasnya, masyarakat haruslah berganding bahu
dan memberikan komitmen bagi mencegah jenayah ragut ini.
Walhasil, masyarakat perlu mempunyai
kesedaran tentang bahaya jenayah ini jikalau tidak dibendung.Isu ini juga perlu
ditangani oleh semua masyarakat dengan sikap bekerjasama yang kuat, bagai aur dengan tebing. Dengan itu ,
masalah ini pasti dapat dibendung sehinggake akar umbi dan seterusnya dapat
melahirkan masyarakat penyayang. Tegasnya, kerjasama daripada semua pihak mampu
mewujudkan negara yang bebas daripada jenayah ragut di samping keamanan dan
kesejahteraan negara dikekalkan buat selama-lamanya.
(Sumber: Bahasa Melayu Penulisan SPM)