Sunday 6 March 2016

KEPUTUSAN SPM 2015


Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnianya kita sama-sama dapat melaksanakan tanggungjawab kita dengan sempurna. 

03 Mac 2016, adalah tarikh keramat bagi pelajar kami yang telah menduduki SPM 2015 yang lalu. Kini, petanda baik segala kerjasama dari Pihak Pusat Tuisyen Terbilang, Guru-guru Terbilang dan anak-anak didik kami selama ini telah membuahkan hasil. Segala usaha gigih tanpa rasa jemu telah dapat menuai hasilnya. Keputusannya amat membanggakan pihak sekolah dan ibu bapa. 

Keputusan SPM 2015 kali ini adalah antara keputusan yang terbaik sejak penubuhan Pusat Tuisyen Terbilang 12 tahun yang lalu. Semua subjek yang diambil tuisyen bagi aliran sastera telah mendapat A terutama subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Sejarah. Manakala bagi aliran sains pula subjek Kimia dan Biologi mendapat pencapaian cemerlang. Tahniah.

Pengurusan dan Ahli Lembaga Pengarah Pusat Tuisyen Terbilang Sdn. Bhd. mengucapkan setinggi tinggi tahniah kepada anak-anak didik kami yang berjaya mencapai keputusan cemeralang pada kali ini.

Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada cikgu-cikgu yang mendidik anak-anak terbilang dengan penuh dedikasi dan tanpa mengira waktu dan penat lelah.

Hari ini, terbukti bahawa segala usaha yang gigih telah membuahkan hasil.

SEKALONG TAHNIAH KEPADA ANAK-ANAK TERBILANG

 &

SETINGGI-TINGGI TERIMA KASIH KEPADA CIKGU-CIKGU TERBILANG

Sekian,

TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA

"KE ARAH KETERBILANGAN AKADEMIK"

Pengerusi Eksekutif
Pusat Tuisyen Terbilang Sdn. Bhd.
Mac 2016