Monday 16 October 2017

JAWATAN KOSONG

Adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan Jawatan di Cawangan-cawangan Pusat Tuisyen Terbilang Seluruh Malaysia.

 

1. GURU PAKAR

Guru-guru Kerajaan/swasta yang berpengalaman mengajar Subjek BM, BI, Matematik, Matematik Tambahan, Sains, Fizik, Kimia, Biologi, Sejarah. Pengalaman mengajar peringkat UPSR, PT 3 dan SPM bagi pengkhususan Major dan Minor. Keutamaan bagi guru-guru berpengalaman sebagai penyemak/penanda kertas peperiksaan utama.

 

2. TUTOR (PEMBANTU GURU)

Terbuka kepada mereka yang berminat mengajar dan berkomitmen tinggi atau berpengalaman mengajar di sekolah atau pusat tuisyen untuk subjek-subjek BM, BI, Matematik, Matematik Tambahan, Sains, Fizik, Kimia, Biologi, Sejarah. Pelbagai tahap peperiksaan UPSR, PT 3 dan SPM diperlukan.

 

3. PENGURUS (PERKERANIAN)

Terbuka kepada yang berkelayakan dalam bidang pengurusan dan perkeranian. Menjalankan kerja-kerja pengurusan dan perkeranian pusat tuisyen seperti pendaftaran pelajar, kutipan yuran, perakaunan, memastikan operasi tuisyen berjalan lancar dan menjaga premis pusat tuisyen sentiasa bersih, teratur dan kondusif.

 

Sila hantar permohonan bertulis serta 'resume' kepada Ketua Pegawai Eksekutif/Pegerusi Pengelola, Pusat Tuisyen Terbilang Sdn. Bhd. atau Temuduga dalaman dengan menghubungi Pengetua, Pusat Tuisyen Terbilang, Cawangan-cawangan yang berhampiran atau di Talian 082-645393/012-8977022

 

TARIKH TUTUP: 30 NOVEMBER 2017