Monday 7 October 2019

Bengkel Kecemerlangan UPSR 2019 – Skor A

Pada 4 Ogos 2019 yang lalu, Pusat Tuisyen Terbilang Telah mengadakan Program Bengkel UPSR 2019 – Skor A, selama sehari bermula jam 8.00 pagi hingga 6.30 Petang bertempat di Pusat Tuisyen Terbilang Cawangan Matang Jaya, Kuching, Sarawak. Program tahunan ini adalah terhad kepada pelajar Terbilang sahaja dan seramai 27 orang pelajar dipilih telah mengikuti program pada kali ini.


Program bermula seawal jam 8.00 pagi bermula dengan pendaftaran pelajar dan diikuti dengan Subjek Bahasa Malaysia yang disampaikan oleh Cikgu Mohd. Jamil Abdul Rahman. Praktikal dijalankan dengan memastikan para pelajar boleh menjawab soalan UPSR dengan tepat dan betul. Sesi kedua bermula Jam 10.30 pagi selepas pihak penganjur menyediakan jamuan pagi. Sesi penerangan dan teknik-teknik menjawab soalan oleh Cikgu Juliana Ak Alexander Ritum bagi subjek Bahasa Inggeris.


Program berehat untuk makan tengahari dan solat zohor pada Jam 12.30 tengahari hingga 2.00 petang diikuti dengan sesi ketiga bagi subjek Matematik oleh Cikgu Mohamad Aziz. Sesi terakhir bagi subjek Sains disampaikan oleh Cikgu Hajibah Sepawi pada Jam 4.00 hingga 6.00 petang. Program berakhir pada Jam 6.30 petang dengan majlis penutup dan penyampaian sijil penyertaan oleh Pengarah Pusat Tuisyen Terbilang, Yang Berbahagia Dr. Ishak Johari.


Pihak penganjur mengucapkan terima kasih kepada mereka yang menjayakan program ini secara langsung dan tidak langsung terutama kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong, Yang Berhormat Encik Fazzruddin Abdul Rahman yang berbesar hati memberi sumbangan bagi program bengkel pada kali ini. Harapan agar semua pelajar Terbilang akan mencapai kejayaan yang cemerlang dalam UPSR pada tahun ini.