Friday 24 July 2020

Lawatan Pegawai PPD Padawan Ke Pusat Tuisyen Terbilang Matang Jaya


23 Julai 2020, Jam 10.30 Pagi Pihak kami menerima kunjungan dua orang pegawai dari Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Padawan yang mewakili Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak bertujuan untuk membuat pemantauan Standard of Operation (SOP)akibat COVID 19, yang telah dikemukakan pada awal bulan lepas.
SOP yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) digunapakai oleh KPM dan JPNS untuk semua pusat tuisyen yang berdaftar dengan Jabatan Pendidikan Negeri. Hadir dalam pemantauan adlah Puan Pek Chai Hong dan Cikgu Lydia yang merupakan Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Padawan, Kuching, Sarawak.


SOP yang ditetapkan adalah pelajar dan warga pusat tuisyen hendaklah mematuhi penjarakan sosial, memakai pelitup muka sepanjang berada dalam premis tuisyen, memakai hand sanitiser, kerap membasuh tangan dan bilangan pelajar dalam kelas tidak sesak. Selain itu, pergerakan keluar masuk pelajar, ibu bapa yang membayar yuran perlu mematuhi penjarakan sosial.


Sementara itu, Pengarah Pusat Tuisyen Terbilang Sdn. Bhd., Yang Brs. Dr. Ishak Johari mewakili Pengetua Pusat Tuisyen Terbilang, Puan Nurhidayah Abdullah yang tidak hadir kerana berada di luar kawasan turut menerangkan SOP yang telah dijalankan sebelum ini dengan bilangan dalam kelas hanya 5-10 orang pelajar mengikut saiz kelas yang mematuhi penjarakan sosial.

Pusat Tuisyen Terbilang mula beroperasi semula pada 15 Julai 2020 seperti yang dumumkan ole pihak kerajaan. Pusat tuisyen biasanya telah dsanitasi dan dibersihkan oleh kontraktor yang dilantik sebelum dan selepas kelas setiap hari. Turut hadir  semalam, Pengurus Besar Pusat Tuisyen Terbilang Sdn Bhd. Encik Raini Kasim.