Monday 18 September 2017

Bengkel Kecemerlangan PT 3 – Skor A Berjaya


Selama 3 hari bermula Jumaat 15 September 2017 hingga 17 September 2017 telah berlangsung Program Tahunan Bengkel Kecemerlangan PT 3 – Skor A di Pusat Tuisyen Terbilang Matang Jaya. Program disertai seramai 23 orang yang terdiri daripada pelajar Pusat Tuisyen Terbilang Sahaja dan tidak terbuka kepada pelajar luar. Pendedahan pelbagai bentuk soalan KBAT daripada soalan-soalan Percubaan Negeri Seluruh Negara menjadi latihan persediaan pelajar yang akan menghadapi Peperiksaan PT 3 awal bulan hadapan. Semoga dengan adanya Program umpama ini dapat membantu pelajar ke arah memperolehi keputusan yang cemerlang.