Saturday 9 September 2017

PECUTAN AKHIR UPSR 2017 BERJAYA

Segala penat lelah selama 8 hari, kini berakhirlah Program Tahunan Pecutan Akhir UPSR 2017 yang bermula 2 September hingga 9 Sepetember 2017. Pihak Penganjur mengharapkan segala kepayahan dan kejerihan dalam usaha meraih keputusan cemerlang akan tercapai. Namun, dari analisa yang dibuat, para peserta dari pelbagai latar belakang dan sekolah masih belum mencapai tahap maksimum. Dengan kata lain, ramai pelajar terutama dari sekolah luar bandar masih kurang pencapaiannya berbanding sekolah-sekolah bandar. Analisis dibuat daripada penilaian soalan-soalan percubaan negeri-negeri diawal dan diakhir program. Ulasan kejayaan program ini akan dibuat dan dianalisis bagi meningkatkan kualiti program pada masa hadapan. Tahniah Kepada semua peserta. Semoga mencapai kejayaan yang cemerlang.

USAHA> IKHTIAR> TAWAKKAL>DOA